Proses Bina Rumah

Proses membina rumah bermula dengan peringatan perancangan awal yang merangkumi semakan status geran tanah, pengukuran tapak sebenar, serta persediaan dokumen penting seperti pelan lokasi dan cukai tanah terkini. Pada masa ini, pemilik perlu menentukan saiz rumah, susun atur bilik, jenis bumbung dan tahap kemasan mengikut anggar kos semasa sekitar RM 150 hingga RM 170 sekaki persegi.

Seterusnya proses reka bentuk dijalankan dengan menentapkan had pindaan bagi plan lantai ,pelan 3D dan pelan detail, di mana sebarang perubahan  sebarang perubahan melebihi had atau pindaan struktur utama akan dikenakan cas tambahan antara RM 200 hingga RM 500.

Setelah pelan dimuktamadkan, dokumen akan dilakukan untuk kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mengambil masa kira-kira sebulan, disusuli perakuan lot oleh juruukur berdaftar jika diperlukan. Pemilik boleh memilih pembiayaan melalui LPPSA, bank atau tunai, yang turut merangkumi kos pelan (pelukis pelan, cetakan, kelulusan arkitek, dan jurutera) serta anggaran kos guaman sebanyak 3% daripada  kontrak rumah ditambah RM500 kos buka fail dan urusan gadaian di pejabat Tanah.

Akhir sekali,tempoh pembinaan sebenar dipengaruhi oleh saiz rumah, reka bentuk dan faktor luar jangka. Pemilik tanah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kos kerja tapak seperti penandaan sempadan, penambakan tanah, pembersihan kawasan dan penyediaan laluan serta bayaran deposit utility untuk TNB dan meter air.

Kos tambahan juga perlu diperuntukkan bagi elemen luaran  dan dalaman yang tidak terdapat dalam kontrak standar seperti pagar, autogate, hiasan dinding ,siling kapur, kabinet, dan penambahan point elektrik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *