Proses bermula dengan semakan kelayakan pemohon dan status tanah. Penjawat awam berstatus tetap atau kontrak yang mempunyai rekod kewangan baik serta belum mencapai had pembiayaan layak memohon. Pembinaan boleh dibuat atas tanah milik sendiri atau keluarga dengan kebenaran bertulis. Dokumen asas yang diperlukan adalah salinan geran tanah, pelan lokasi dan resit cukai tanah terkini, manakala kos tanah, pelan kepada juru ukur yang dilantik.
Seterusnya, adalah perancangan bajet dan pelantikan kontraktor. Anggaran kos pembinaan semasa adalah sekitar RM 150 hingga RM 170 sekaki persegi mengikut saiz dan spesifikasi rumah seperti jenis bumbung dan tahap kemasan. Kontraktor yang dilantik mestilah berpengalaman, mempunyai pendaftaran SSM yang sah, dan pendaftaran dengan CIDB.
Bagi penyediaan pelan rumah,terdapat had pindaan percuma dan caj tambahan yang ditetapkan. Pelan lantai dan struktur dibenarkan dipinda sehingga empat kali, manakala pelan 3D dan pemilihan warnanya dibenarkan sebanyak dua kali sahaja. Sebarang pindaan kecil melebihi had tersebut akan dikenakan caj RM200 bagi setiap perubahaan.
Bagi pindaan besar separti perubahan reka bentuk menyeluruh, pertukaran tapak, atau rendering semula pelan 3D, caj sebanyak RM500 akan dikenakan.
Langkah terakhir melibatkan proses kelulusan dan pembiayaan.Pelan rumah perlu dihantar ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Majlis Daerah untuk kelulusan yang mengambil masa anggaran satu bulan.
Setelah itu, dokumen sebut harga diserahkan kepada JPPH bagi kelulusan penilaian hartanah sebelum permohonan rasmi dihantar melalui system atas talian LPPSA untuk mendapatkan surat tawaran pembiayaan.
