Tentang Syarikat

Membina Kepercayaan Sejak 2003

Radbina Sdn Bhd merupakan syarikat pembinaan Bumiputera yang telah berkembang daripada kontraktor kerja am berdaftar CIDB G3 kepada kontraktor CIDB Gred G7.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2003, kami telah membina pengalaman dalam pelbagai bidang pembinaan dan kejuruteraan — daripada pembinaan rumah dan kerja ubah suai hingga kepada pengurusan projek, kerja sivil, mekanikal dan elektrikal.

Hari ini, Radbina menawarkan pendekatan Professional Design & Build yang menggabungkan perancangan, reka bentuk, pembinaan dan penyelarasan projek di bawah satu pasukan.

Dari Perancangan Hingga Siap Dibina

Kami percaya projek yang baik bukan sekadar tentang hasil akhir, tetapi juga bagaimana keseluruhan proses pembinaan diuruskan.

Sebab itu setiap projek Radbina diberikan perhatian daripada peringkat konsultasi dan perancangan, pemilihan bahan, koordinasi kerja di tapak sehingga kepada penyerahan projek.

Dengan pasukan dalaman yang berpengalaman serta rangkaian bekalan dan kepakaran dalam Radbina Group, kami berusaha memastikan setiap projek dilaksanakan dengan lebih teratur, telus dan berkualiti.

Tahun Pengalaman
0 +
Tenaga Kerja Mahir
0 +
Projek Telah Disiapkan
0 +

ZERO

Projek Terbengkalai

PASUKAN RADBINA

Pengalaman Pelbagai Bidang. Satu Pasukan.

Di sebalik setiap projek Radbina ialah pasukan yang menggabungkan kepakaran dalam pengurusan projek, kejuruteraan, reka bentuk, ukur bahan, kewangan serta pemasaran. Kerjasama antara setiap fungsi membolehkan kami mengurus projek dengan lebih tersusun dari peringkat awal sehingga siap.

Dato’ Haji Abd. Murad bin Jaafar

Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif

“True leadership is measured not by what we build, but by how we serve and strengthen the communities around us.”

Sebagai pengasas Radbina Sdn Bhd, Dato’ Haji Abd. Murad bin Jaafar telah memimpin perkembangan syarikat sejak penubuhannya pada tahun 2003.

Di bawah kepimpinan beliau, Radbina berkembang daripada sebuah kontraktor kerja am kepada kontraktor CIDB G7 dengan keupayaan merangkumi pembinaan, kejuruteraan, pengurusan projek serta rangkaian bekalan bahan binaan sendiri.

Visi beliau kekal berteraskan satu prinsip — membina bukan sahaja struktur yang berkualiti, tetapi juga hubungan dan kepercayaan yang berkekalan bersama pelanggan dan komuniti.

Haji Ariffarhan bin Abd. Murad

Jurutera & Ketua Pegawai Operasi

“A strong team, clear process, and shared values are what turn plans into lasting structures.”

Haji Ariffarhan bin Abd. Murad mengetuai operasi harian Radbina termasuk pelaksanaan projek, koordinasi pasukan dan prestasi di tapak.

Beliau mempunyai lebih 11 tahun pengalaman dalam industri pembinaan dan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian) dari UNITEN, dengan pengalaman dalam pengurusan projek, infrastruktur dan penyelesaian berorientasikan pelanggan.

Sejak menyertai Radbina pada tahun 2015, beliau memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan sistem operasi, pembangunan pasukan dan pertumbuhan strategik syarikat.

Nur Nazurah

Finance Manager / Accountant

Wan Mohd Izzufie

Project Manager

Fadhil Roslan

Site Engineer

Nur Azilah

Project Executive

Mohd Syaahir

Architect Designer

Ahmad Hazim

Site Engineer

Adibah Solehah

Account Executive

Ahmad Redzuan

Sales Marketing Executive

Wan Mastura

Marketing Executive

Ain Nadzirah

Quantity Surveyor

Izyan Nadhrah

Operation Manager

Bina Bersama RADBINA,
Profesionalisme Yang Boleh Dipercayai

Dengan pengalaman dan kelayakan dalam industri pembinaan, RADBINA komited menyediakan perkhidmatan pembinaan yang tersusun, profesional dan menyeluruh. RADBINA berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Construction Industry Development Board (CIDB) serta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Daripada perancangan awal, reka bentuk dan penyediaan pelan, sehinggalah kepada pengurusan serta pelaksanaan pembinaan — kami membantu anda mengurus setiap langkah dengan lebih mudah, jelas dan teratur.

Anda rancang, kami bantu realisasikan.